+
16 sept 2006 -Kg Jeram Kedah Ulu Beranang , Saya dipanggil untuk melakukan tugas seperti biasa , cuma pada kali ini ada sedikit keistimewaan pada majlis tersebut. Ia adalah majlis perkahwinan orang asli Kaum Temong di dalam jajahan Adat Pepateh Sg Ujong. Pada dasarnya ia kelihatan seperti perkahwinan Orang Melayu Negeri Sembilan biasa , namun apabila diperhalusi terdapat banyak keunikan dalam majlis ini , saya Mhusainy akan mengupas kronologi majlis tersebut dengan mendekati kaum peribumi ini yang masih ampuh menjunjung adat resam walau dilanda arus permodenan.
2:30pm Pengantin lelaki keluar dari rumah hinggap , gendang yang beralaskan plastik beras di palu untuk menjemput pengantin lelaki.
2:35pm - Instrument seperti Biola , Gong dan gendang mengantikan Kompang dari kalangan masyarakat melayu , Lagu berentak inang dimainkan sepanjang perarakan pegantin
2:36pm- Pengiring-pengiring diaturkan untuk melindungi Pengantin dari kelihatan , mengikut adatnya pengantin yang di bawa perlu di rahsiakan untuk mengelakan gangguan jahat atau khianat dari org luar
Mereka akhirnya disatukan , namun walaubagaimanapun tangan masih belum boleh dipegang kerana upacara pengikat masih belum berlangsung.
Kaki di sapu campuran air beras dan herba yang telah dijampi , dipercayai untuk menghapuskan unsur-unsur jahat yang mengiringi kedua pengantin
Silat pulut juga tidak ketinggalan sebagai satu persembahan semasa majlis perkahwinan.
Pihak Pengantin lelaki terpaksa merempuh halagan sebelum dibenarkan masuk , kelihatan lelaki berbaju batik iaitu ayah kepada pengantin lelaki , dihalang oleh bapa pengantin perempuan (berbaju hitam).
Setelah mencapai kata persetujuan acara pengikat dijalankan (mengantikan Nikah bagi islam) , elemen seperti Beras kepal , dan Rokok disuap secara bersilang tangan tanda ikatan sudah di meterai.
Pengantin lelaki dan perempuan dijamu makan dalam satu pinggan dan minum satu cawan. Lauk pauknya cukup ringkas dengan tiada apa hiasan/garnish. Namun kemesraan antara dua pengantin tetap terjalin.Selepas itu tok batin dan lain-lain mula bersurai , Tuan rumah , kebelakang dapur memekik , " Batin mau balik ni !! , bungkus itu ayam sama Babik !!"..... uhh sungguh menyelerakan masakan hari ini..... kenyang terus perutku walaupun belum makan lagi dan jam menunjukan pukul 5pm.Perkahwinan orang asli telah banyak mengunakan adat orang melayu , mungkin disebabkan interaksi rapat sebagai bangsa serumpun atau mungkin juga hasil adaptasi setelah beratus tahun bangsa melayu bertapak setelah kedatangan Parameswara. Walau apapun adat mereka , nilai nilai kesatuan budaya timur tetap dikekalkan
Sekian ,terimakasih
Semuga maklumat ini dapat memberi anda pengetahuan mengenai adat perkahwinan dari salah satu masyarakat orang asli di negara kita. semuga ia dapat mengajar kita erti perpaduan.
34 comments:
That's very good n nice!! Tak sabar rasenye.... hehehe
blog ok, tahniah.
memuaskan. ni...orang asli moden dah....4 bintang
Wow very interesting informative!
menarik boleh buat rujukan kerja kursus sejarah tingkatn 3
good idea.
satu pengetahuan yang sangat berguna! :)
blog yang menarik...tahniah
cantik!!!!!!!!!!!!
sama padan bak pinang dibelah dua
ahahahah
baik,menarik
simple tapi memang menarik
baik dan tahniah
anak-anak belajar, kitapun mesti tau jugak.....
good information!thanks!
well done
tak sangka orang aslisekarang dah tak pakai daun kelapa lagi.. dan mereka sudah pun advance dgn pakaian pengantin.. tahniah ...cantik dan banyak informasi
cantik dan menarik
tahniah. sesuai untuk kerja kursus anak
sgt menarik..rakyat m'sia kan berbilang kaum dn budaya
menarik..teringat masa kawin dulu..
Baik.Satu pengetahuan baru untuk saya
satu maklumat yang baik tapi sebagai seorang Islam kita kena sama2 fikir mana yang tidak bercanggah dengan agama kita
sesuatu yg menarik tentang m'sia. tahniah
bagus
saras
Bagus kak.....Berinformasi.
menarik. tapi macam majlis perkahwinan orang melayu juga eh.. boleh bagi kat anak buat folio
Tahniah.. Menarik dan bermaklumat sungguh.. warna latarbelakang pun lembut dan sexy... Bagus sekali untuk rujukan pelajar.. Kenal Cikgu Isa Harun?
menarik! Tahniah.Boleh baiki dengan mengisi kekosongan di kanan ruang blog.
satu blog yang menarik dan berinformasi
blog yang paling menarik
Satu blog yang lain daripada yang lain.
Saya telah mempelajari sesuatu maklumat yang baru tentang adat-istiadat perkahwinan Orang Asli Temuan.
Gambar menarik dan teks ringkas menggalakkan pembacaan.
Syabas di atas usaha cikgu!
very nice and interesting
Jackpot City Casino Site - Lucky Club
Welcome to Jackpot City, the home to the best online casino experience with more than 5000 games to choose from. Sign up today and start Rating: 4 · 3 luckyclub votes
Slots & Casino Games: A Complete Guide to Casino Games
The 과천 출장안마 following 목포 출장마사지 are 안산 출장안마 recommended slots 안산 출장안마 games you 여수 출장안마 should play, with a good chance of winning. They feature progressive jackpots, free spins, and
Post a Comment