Monday, March 26, 2007

Adat PerkahwinanMasyarakat Orang Asli

ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT ORANG ASLI KAUM TEMONG


+
16 sept 2006 -Kg Jeram Kedah Ulu Beranang , Saya dipanggil untuk melakukan tugas seperti biasa , cuma pada kali ini ada sedikit keistimewaan pada majlis tersebut. Ia adalah majlis perkahwinan orang asli Kaum Temong di dalam jajahan Adat Pepateh Sg Ujong. Pada dasarnya ia kelihatan seperti perkahwinan Orang Melayu Negeri Sembilan biasa , namun apabila diperhalusi terdapat banyak keunikan dalam majlis ini , saya Mhusainy akan mengupas kronologi majlis tersebut dengan mendekati kaum peribumi ini yang masih ampuh menjunjung adat resam walau dilanda arus permodenan.



2:30pm Pengantin lelaki keluar dari rumah hinggap , gendang yang beralaskan plastik beras di palu untuk menjemput pengantin lelaki.








2:35pm - Instrument seperti Biola , Gong dan gendang mengantikan Kompang dari kalangan masyarakat melayu , Lagu berentak inang dimainkan sepanjang perarakan pegantin

2:36pm- Pengiring-pengiring diaturkan untuk melindungi Pengantin dari kelihatan , mengikut adatnya pengantin yang di bawa perlu di rahsiakan untuk mengelakan gangguan jahat atau khianat dari org luar


Mereka akhirnya disatukan , namun walaubagaimanapun tangan masih belum boleh dipegang kerana upacara pengikat masih belum berlangsung.
Kaki di sapu campuran air beras dan herba yang telah dijampi , dipercayai untuk menghapuskan unsur-unsur jahat yang mengiringi kedua pengantin

Silat pulut juga tidak ketinggalan sebagai satu persembahan semasa majlis perkahwinan.






Pihak Pengantin lelaki terpaksa merempuh halagan sebelum dibenarkan masuk , kelihatan lelaki berbaju batik iaitu ayah kepada pengantin lelaki , dihalang oleh bapa pengantin perempuan (berbaju hitam).












Setelah mencapai kata persetujuan acara pengikat dijalankan (mengantikan Nikah bagi islam) , elemen seperti Beras kepal , dan Rokok disuap secara bersilang tangan tanda ikatan sudah di meterai.










Pengantin lelaki dan perempuan dijamu makan dalam satu pinggan dan minum satu cawan. Lauk pauknya cukup ringkas dengan tiada apa hiasan/garnish. Namun kemesraan antara dua pengantin tetap terjalin.Selepas itu tok batin dan lain-lain mula bersurai , Tuan rumah , kebelakang dapur memekik , " Batin mau balik ni !! , bungkus itu ayam sama Babik !!"..... uhh sungguh menyelerakan masakan hari ini..... kenyang terus perutku walaupun belum makan lagi dan jam menunjukan pukul 5pm.Perkahwinan orang asli telah banyak mengunakan adat orang melayu , mungkin disebabkan interaksi rapat sebagai bangsa serumpun atau mungkin juga hasil adaptasi setelah beratus tahun bangsa melayu bertapak setelah kedatangan Parameswara. Walau apapun adat mereka , nilai nilai kesatuan budaya timur tetap dikekalkan


Sekian ,terimakasih
Semuga maklumat ini dapat memberi anda pengetahuan mengenai adat perkahwinan dari salah satu masyarakat orang asli di negara kita. semuga ia dapat mengajar kita erti perpaduan.